Thursday, June 2, 2011

diri sendiri





hari tu aku naik teksi nak ke mana ntah.lupa dah. 

pemandu teksi tu muda,nak kata hot tu tak sangat,hensem tu boleh la. dah arab kan,kacak tu kompem la.
aku bukan nak citer pasal kekacakan dia yang tak berapa nak menggugat iman aku.

aku nak citer.. aku ,anis dan chacha bersembang dengan gagap nye dalam bahasa arab dengan dia.

dia tanya, you alls ni malaysia ke?

kitaorangorang ,ye saya,saya warganegara malaysia,jawab serentak.

pastu dia cakap la,orang malaysia ni bagus. and dia ingat nak cari bini orang malaysia. sebab orang malaysia pakai tak seksi,jaga semayang.

dia compare dengan perempuan mesir pakaian tak jaga,ketat ketat. solat tak jaga. *mana dia tahu orang semayang ke tak ,no komen

kitorang angguk je la,kang cakap perempuan malaysia pon sama je dengan pmpuan arab dari segi dressing nye,tak caya lak.

sebab dia memuji muji malaysia. dia tak sampai malaysia lagi. biar la dia simpan dalam memory dia yang orang malaysia ni baik baik.

orang malaysia yang awal awal datang mesir ni dah bawak imej baik,kena la jaga imej tu. kan..

bagi aku bukan ikut tempat nak jadi baik ke tak ni.tak kisah la dari malaysia ke mesir,semua atas diri masing masing. tempat tu main peranan berapa percent je dalam nak membentuk diri manusia manusia ni

pandai pandai la jaga diri. kalau nak jadi kurang baik,duduk bawah kawalan mak ayah pon boleh jadi kurang baik.


iman memang tak boleh diwarisi tapi boleh di cari. 





14 comments:

Azroy Kassim said...

Gua hidung mancung pak arab gak tahu.

Siti Mashitah Saidin said...

uih... kalo kawen pak arab, hari2 makan nasib arab tak? hahaha

Aimi dan Pakcik Hashim said...

Gadis malaysia memang menawan
eh lebih kurang lak status fb aku buat td

Jo Qusary said...

hehehe... kalo pak arab tu jumpa aku komfem dia taubat takmo cari bini malaysia lagi dah, hahaha...

Paul Hassan said...

aisyah nabilah

RedVixen said...

gadis malaysia ada yang 14 tahun dah takde dara... oppsss!

BLADE EDGE said...

iman dan amal, smuanya kene jaga selagi beragama islam. tak terhad kpd bangsa2 tertentu jer. kan ke islam tu utk semua...

vampire's lovex said...

Azroy Kassim :: wahhh nsem lah lu..baru tahu..


Siti Mashitah Saidin ::opkos dapat.. hahaha kambeng skali


Aimi dan Pakcik Hashim ::gadis mlysia memang menawan .tambah2 aku..haha


Jo Qusary ::ko menakutkan sangat ehh. hahaha

Paul Hassan :: ye saya. hooo


RedVixen ::tu gadis zimbabwe kot.kahkah

BLADE EDGE ::ye betol..

Tan Tin Ton said...

kalau pak arab dtg malaysia,
dia mesti tarik balik ayat dia tadi. haha

Nenek Fasola said...

haha..takpe lah.skali skale nk dgr org luar puji malaysia..heheh

b.r.u.t.a.l.s.o.l.o said...

ada rot arab cicah kari dahb tak??

oranglidi said...

wah. best tu bljr mesir. msti dokter ni. xpun frmasi. hehe. ke jd ustazah?

Sarkasiz said...

ko pegi wat Umrah ke ni? hebat!

ghost writer said...

ada makna dia cakap macam tuh....